Karangan Respons Terbuka
MODUL JEJAK JENDELA 2 – KARANGAN PENDAPAT DAN PERBINCANGAN
1. Sempena kempen Tahun Melawat Malaysia, anda telah diberi peluang untuk melancong dalam Negara.
Nyatakan tempat pilihan anda dan jelaskan keistimewaan tempat tersebut.
Pendahuluan:
- Cuti semester yang lalu, berpeluang melancong ke Pulau Langkawi
- Pergi bersama-sama keluarga.
Isi (keistimewaan)
- Kawasan bebas cukai –membeli barangan dengan harga murah – pinggan mangkuk, coklat, kain batik dan sebagainya.
- Keindahan pantai yang bersih dan indah – Pantai Cenang
- Kaya dengan pelbagai cerita lagenda – Lagenda Mahsuri
Penutup
- Malaysia kaya dengan tempat-tempat menarik
- Berharap dapat melancong ke destinasi pelancongan yang lain dalam negara.
2. Remaja sekarang mudah terpengaruh oleh budaya negatif.
Pada pendapat anda, jelaskan faktor-faktor perkara ini berlaku.
Pendahuluan:
Remaja mudah terpengaruh oleh gejala negatif dari Barat – menjadikan artis Barat sebagai idola dan meniru setiap perbuatan idola mereka tanpa memikirkan baik dan buruknya.
Isi :
- Remaja mudah terpengaruh oleh budaya Barat gagal membezakan perkara yang baik dan buruk – kurang pegangan agama.
- Sikap remaja yang mudah terpengaruh dengan apa-apa sahaja yang dianggap sesuatu yang baru dan dapat menonjolkan diri dalam khalayak mereka.
- Ramai remaja beranggapan bahawa sesuatu yang datang dari Negara Barat itu adalah baik – ikut budaya Barat dikatakan moden dan mengikut peredaran zaman.
- Kurang didkan agama dan perhatian daripada ibu bapa – mencari rakan sebaya – salah pilih rakan – terjebak dengan budaya negatif
Penutup:
Remaja perlu dididik dengan keimanan yang kukuh agar dapat mempertahankan diri daripada dugaan dan cabaran – remaja warisan pemimpin pada masa hadapan – perlu mempunyai jiwa dan sah siah yang terpuji.
3. Industri pelancongan merupakan sektor yang kian berkembang pesat di negara kita dan menyumbang kepada perkembangan ekonomi negara.
Bincangkan kepentingan industri pelancongan kepada negara.
Pendahuluan:
- Negara Malaysia kaya dengan tempat-tempat yang menarik untuk dilawati.
- Tahun 2007 merupakan Tahun Melawat Malaysia (TMM)
- Pelbagai acara, perayaan, temasya, pesta sukan dan kebudayaan diadakan sepanjang tahun untuk menarik minat pelancong ke negara kita
- Promosi diadakan secara besar-besaran di dalam dan di luar negara
Isi:
- Meningkatkan ekonomi negara – pertukaran mata wang asing – mata wang asing yang dibawa masuk oleh pelancong luar ke Negara kita.
- Kemudahan pengangkutan dan perkhidmatan berkembang pesat – membantu memperkenalkan Negara secara tidak langsung.
- Industri kraf tangan dan seni ukiran berkembang pesat – banyak peluang perniagaan diwujudkan – kadar pengangguran menurun.
- Meningkatkan nama Malaysia – Malaysia kian dikenali pada peringkat antarabangsa.
Penutup:
- Kerjasama semua pihak perlu – menyambut kedatangan pelancong dengan senyuman dan bersikap ramah – menunjukkan adat ketimuran kepada pelancong – budaya negatif yang di bawa oleh pelancong asing hendaklah dijauhi.
4. Makanan segera dan makanan ringan mendatangkan banyak kesan buruk kepada kesihatan . Pengambilan makanan berkhasiat penting untuk menjamin kesihatan.
Bincangkan faedah pengambilan makanan berkhasiat
Pendahuluan:
- Makanan sangat penting kepada kita untuk menjalani kehidupan seharian, namun janganlah makan sehingga menjejaskan kesihatan.
- Kita perlu mengelakkan memakan makanan ringan dan segera yang banyak mendatangkan keburukan. Kita perlu mengambil makanan yang seimbang setiap hari untuk menjaga kesihatan kita.
Isi:
- Pemakanan berkhasiat diperlukan untuk proses tumbesaran yang sihat – pemakanan yang kurang berkhasiat akan membantutkan proses tumbesaran – menganggu pertumbuhan mental dan keletihan – pelajar – menyebabkan hilang tumpuan ketika belajar.
- Makanan segera mengandungi lemak, kadar gula , kolesterol yang tinggi – memberi kesan sampingan yang boleh memudaratkan kesihatan .
- Makanan berkhasiat menjamin kesihatan yang baik – mengelakkan penyakit berbahaya seperti kencing manis, sakit jantung, darah tinggi dan lain-lain – mengawal berat badan - makanan seimbang/berkhasiat mengandungi semua protein, zat dan vitamin yang diperlukanbadan
- Menjamin kecerdasan minda – makanan berkhasiat mengekalkan kecerdasan minda – dapat berfikir secara rasional – tidak bertindak mengikut emosi - pelajar dapat mengingat pelajaran dengan baik – dapat menghilangkan rasa mengantuk dan keletihan.
Penutup:
Mencegah lebih baik daripada mengubati – jika kesihatan terjejas usaha untuk memulihkannya agak sukar – kekayaan, kemewahan dan pangkat tidak bermakna jika kesihatan terganggu – amalkan pemakanan yang berkhasiat untuk menjamin kesihatan yang baik.
5. Masalah pencemaran alam sekitar sering diperkatakan dalam media massa.
Huraikan cara-cara untuk menangani masalah tersebut.
Pendahuluan:
- Pencemaran alam – isu yang sentiasa menjadi perhatian masyarakat
- Pencemaran yang sering diperkatakan ialah pemusnahan hutan dan pencemaran sungai
Isi
- Mengawal aktiviti perindustrian – pembuangan sisa toksik sewenang-wenangnya oleh pihak yang tidak bertanggungjawab – hukuman yang berat
- Masyarakat menggunakan pengangkutan awam atau berkongsi kereta – mengawal pencemaran udara – asap kenderaan
- Mengawal pembalakan haram yang menyebabkan kemusnahan hutan simpanan dan terjadinya hakisan tanah – mengenakan hukuman yang berat kepada pembalak haram – pemantauan kawqasan hutan untuk pembangunan – mengehadkan pemberian lessen untuk memajukan kawasan hutan.
Penutup:
- Pencemaran berpunca daripada manusia – manusialah yang yang harus menanganinya
- Semua pihak perlu barganding bahu menangani pencemaran agar keseimbangan ekosistem tidak terjejas.
6. Amalan pemakanan seimbang amat baik untuk kesihatan.
Huraikan pendapat anda tentang kepentingan pengambilan makanan seimbang.
Pendahuluan :
- Makanan seimbang terdiri daripada lemak, protein, vitamin dan karbohidrat.
- Makan berdasarkan piramid makanan
Isi :
- Dapat mengelakkan penyakit berbahaya seperti kencing manis, sakit jantung, darah tinggi dan lain-lain serta meningkatkan sistem ketahanan badan.
- Pengambilan karbohidrat dapat memberikan tenaga bagi menjalankan aktiviti harian
- Membantu pembinaan otot dan tubuh badan yang sihat.
- Bekalan zat dan nutrien penting bagi keperluan harian
Penutup :
- Menjamin kebahagiaan dan kesejahteraan hidup. Rakyat sihat negara maju.
7. Slogan “Malaysia Boleh “ sering diuar-uarkan melalui media massa tentang kejayaan Malaysia dalam pelbagai bidang.
Tulis pandangan anda tentang kejayaan-kejayaan yang telah mengangkat martabat negara Malaysia di mata dunia.
Pendahuluan:
- Slogan “Malaysia Boleh” mempunyai signifikan yang tersendiri – mengujakan rakyat - bersaing dengan negara-negara lain yang telah membangun.
- Banyak kejayaan yang telah dicapai oleh negara Malaysia.
Isi :
- Pembinaan Jambatan Pulau Pinang – menarik pelabur asing dan pelancong dari dalam dan luar negara.
- Pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur – menjadi tumpuan pesawat yang besar dari luar negara untuk mendarat – meningkatkan ekonomi Negara.
- Pembinaan Litar Sepang – Litar lumba kereta kejohanan F1 setiap tahun – menarik kedatangan pelancong dari dalam dan luar negara.
- Kereta nasional – Proton dan Perodua – bukti kejayaan jurutera tempatan dalam bidang automobil – dieksport ke luar negara – menjana pendapatan negara.
- Kejayaan dalam bidang sukan – Perlumbaan basikal Le Tour de Langkawi, Sukan SEA – memperkukuh ekonomi negara.
- Kejayaan individu luar biasa yang membanggakan negara dan rakyat Malaysia – mendaki puncak Everest ( Mohandas dan Magendran ), Pelayaran solo mengelilingi dunia ( Dato’ Azhar Mansor), Menakluki Selat Inggeris (Datuk Malik Maidin), Wanita Asia pertama merentasi Antartik secara Solo ( Datin Paduka Sharifah Mazlina) – memahat nama Malaysia di persada dunia.
Penutup :
- Rakyat Malaysia perlu berganding bahu dan memastikan maruah negara sentiasa dijaga.
- Kedaulatan negara dijaga – Negara tidak dijajah
- Bersatu teguh, bercerai roboh.
1. Pada minggu lepas, rumah anda telah dilanda ribut yang kuat. Akibatnya, sebahagian daripada rumah anda telah mengalami kerosakan yang teruk. Anda tidak berkemampuan untuk membaikinya dan bercadang ingin memohon bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk membaik pulih rumah anda.
Tulis sepucuk surat kepada pihak tersebut.
Cadangan Jawapan
(Format surat rasmi)
Pendahuluan
- Mengenalkan diri – menyatakan tujuan menulis surat.
Isi-isi penting.
- Kejadian ribut pada minggu yang lalu – rumah mengalami kerosakan yang teruk- sebahagian daripada bumbung tercabut – terpaksa menggunakan bahan-bahan sementara yang lain untuk menampal dan membaiki rumah.
Sebagai contoh, menggunakan plastik untuk dibuat dinding, daun kelapa untuk dibuat bumbung dan sebagainya.
- Keadaan rumah tidak selesa dan tidak selamat – keadaan rumah tidak teguh, bergoyang apabila ditiup angin – bumbung sering terangkat apabila ditiup angin - bimbang dimasuki pencuri – tidur tidak nyenyak.
- Apabila hujan, air mencurah-curah masuk ke dalam rumah – baju-baju basah, buku-buku sekolah basah – tidur dalam keadaan sejuk – tidak dapat hadir ke sekolah – sering ketinggalan dalam pelajaran.
Penutup.
- Mohon jasa baik Jabatan Kebajikan Masyarakat agar menghulurkan bantuan bagi
membaiki rumah.
2. Anda sedang belajar di sebuah Institus Pengajian Tinggi Awam. Ayah anda
yang berada di kampung sering batuk-batuk akibat terlalu banyak menghisap rokok. Tulis sepucuk surat kepada ayah anda untuk menasihatinya agar tidak merokok lagi.
Cadangan Jawapan
(Format surat tidak rasmi)
Pendahuluan.
- Kata penghadapan
- Bertanya khabar tentang keluarga dan keadaan kampung
Isi-isi penting.
- Merokok membawa banyak penyakit – batuk-batuk – penyakit lain akibat merokok – strok, jantung, barah dan paru-paru – rokok mengandung pelbagai bahan yang merosakkan organ manusia contohnya nikotin – akhirnya membawa maut.
- Merokok tidak membawa apa-apa faedah – malah membazirkan wang ringgit – harga yang tinggi – boleh menggunakan wang tersebut untuk kegunaan lain yang lebih berfaedah – wang untuk membeli rokok boleh disimpan untuk keperluan hari tua.
- Asap rokok menyebabkan orang lain yang tidak merokok menghidap penyakit – risiko orang yang menghidu asap rokok – dua kali ganda daripada orang yang merokok
- Memberikan contoh yang tidak baik kepada ahli keluarga yang lain – ahli keluarga lain akan mengikut jejak orang yang lebih tua
- Penutup.
Berharap agar ayah dapat mempertimbangkan nasihat dan seterusnya berhenti merokok sebelum penyakit tersebut semakin teruk
3. Anda telah terpilih untuk mewakili sekolah dalam pertandingan syarahan di peringkat negeri. Tajuk syarahan anda ialah “Langkah-langkah untuk Mempopularkan Batik di Malaysia”.
Tulis syarahan anda selengkapnya.
Cadangan Jawapan
(Format syarahan, ucapan)
Pendahuluan
- Kata alu-aluan
- Batik amat popular dalam kalangan masyarakat Melayu khasnya
- Batik yang terkenal ialah batik cap dan batik canting
- Perlukan kerjasama daripada beberapa pihak untuk mempopularkannya.
Isi-isi
- Peranan pihak kerajaan – memastikan pemakaian baju batik dalam kalangan kaki tangan kerajaan pada setiap hari khamis – termasuk kaum wanita – untuk mengekalkan warisan bangsa bak kata pepatah tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas – selain itu memperkenalkan batik melalui pertunjukan fesyen hingga peringkat antarabangsa – mengharumkan nama Negara – mengadakan kempen Belilah Batik Tempatan
- Media massa juga perlu memainkan peranan bagi mempopularkan batik Malaysia – surat khabar - memuatkan rencana yang berkisar tentang industri batik – televisyen juga boleh menyiarkan rancangan yang berkaitan dengan batik – dari segi sejarah, jenis-jenis batik dan fesyen-fesyen yang terkini – dengan cara ini orang ramai akan dapat mengenali batik dengan lebih dekat – internet- penjualan batik melalui E – dagang, sekali gus mempromosi batik hingga pringkat antarabangsa
- Masyarakat pula boleh membantu mempopularkan batik – mereka membeli batik keluaran tempatan – merangsang industri batik tempatan dan seterusnya meningkatkan ekonomi negara – juga boleh memakai baju batik dalam majlis rasmi seperti majlis perkahwinan, mesyuarat dan sebagainya.
Penutup.
- Semua pihak harus memainkan peranan masing-masing – usaha-usaha mestilah diteruskan- agar batik mendapat sambutan bukan sahaja oleh masyarakat tempatan bahkan masyarakat di luar negara.
4. Sekolah anda telah mengadakan sambutan Hari Koperasi Sekolah. Sebagai Setiausaha Kelab Koperasi sekolah, anda telah ditugaskan untuk menyediakan laporan tentang aktiviti-aktiviti yang dijalankan pada hari tersebut.
Tulis laporan itu selengkapnya.
Cadangan Jawapan
(Format Laporan)
Pendahuluan
- Tajuk laporan – nama sekolah
Isi-isi
- Sambutan Hari Koperasi Sekolah dianjurkan oleh pengurusan koperasi sekolah setiap tahun –diadakan selama seminggu pada bulan Jun
- Tujuan sambutan – meningkatkan pemahaman dan pengetahuan murid tentang koperasi – memasyarakatkan koperasi – meningkatkan minat murid terhadap kegiatan koperasi
- Semasa perhimpunan mingguan, beberapa orang koperator membacakan perutusan daripada menteri dan Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia – diulas oleh Pengetua selaku Pengerusi Koperasi Sekolah.
- Pelbagai aktiviti dijalankan, contoh Kuiz koperasi – kuiz secara bertulis boleh disertai oleh semua murid dalam borang khas – kuiz secara lisan dijalankan untuk peserta yang terpilih mewakili kelas – soalan berkisar tentang hal ehwal koperasi
- Penanaman pokok sempena hari koperasi dilakukan – tujuannya meningkatkan minat murid tentang kepentingan untuk menjaga kehijauan alam dan menjaga kebersihan – beberapa pokok ditanam di persekitaran sekolah
- Karnival jualan turut diadakan oleh ahli kelab koperasi – pengalaman berniaga dan berinteraksi dengan pelanggan
Penutup
- Aktiviti mendapat sambutan menggalakkan daripada murid-murid – dapat meningkatkan minat terhadap koperasi.
.
5. Anda telah ditugaskan mewawancara kaunselor sekolah tentang Program Jati Diri yang dijalankan di sekolah anda. Anda ingin mengetahui faedah-faedah pelaksanaan program tersebut.
Sediakan teks wawancara tersebut selengkapnya.
Cadangan Jawapan
(Format Wawancara)
Pendahuluan
- Temu ramah dengan kaunselor tentang faedah-faedah pelaksanaan program
- Memperkenalkan diri dan menyatakan tujuan temu ramah diadakan
Isi-isi
- Program dicetuskan oleh Pengetua Sekolah – untuk mengatasi masalah remaja – dan meningkatkan semangat cinta akan negara
- Program ini sesuai dijalankan kepada remaja yang sedang mencari-cari identiti diri sendiri – banyak modul disediakan untuk menerapkan semangat cinta akan negara
- Program dapat mengisi masa senggang pelajar– dapat mengelakkan mereka daripada terlibat dalam aktiviti kurang sihat – memahami tanggungjawab kepada diri sendiri, keluarga, agama dan negara
- Peserta terdiri daripada berbilang kaum dan agama – mereka bersama-sama mengharungi suka duka semasa program berlangsung – dapat mengenali rakan-rakan baru daripada pelbagai keturunan dan latar belakang - dapat memupuk perpaduan
- Program dapat memupuk semangat kerjasama dan berwawasan – kehidupan mereka dilingkungi oleh disiplin yang tinggi - menepati masa, bersahsiah mulia dsb
Penutup
- Peserta perlu bersyukur kerana pihak sekolah telah merancang dan melaksanakan sesuatu yang berfaedah untuk mereka – peserta yang terpilih patut menghargai dan menggunakan peluang dengan sebaik-baiknya.
6. Anda sebagai Ketua Murid telah terpilih untuk menyampaikan ucapan sempena majlis pelancaran Bulan Membaca peringkat sekolah.
Sediakan teks ucapan anda selengkapnya.
Cadangan Jawapan
(Format ucapan)
Pendahuluan
- Kata alu-aluan
- Amalan ini sangat penting diamalkan kerana membaca jambatan ilmu
Isi-isi
- Tujuan kempen adalah untuk menggalakkan minat membaca dalam kalangan masyarakat terutamanya murid sekolah – kajian menunjukkan masyarakat Malaysia amat kurang membaca - satu muka surat setahun – murid membaca hanya untuk tujuan peperiksaan.
- Setiap orang hendaklah membaca bahan-bahan yang bermanfaat – kita mulakan dahulu sebelum meminta orang lain membaca – perbuatan kita akan menjadi dorongan kepada orang lain -
- Bulan Membaca - suatu usaha memupuk minat membaca – pelbagai aktiviti diadakan selama sebulan untuk menjana minat pelajar dalam pembacaan
- Pameran buku dapat menggalakkan murid membaca – buku-buku baharu terbitan terkini dapat menarik minat murid untuk membaca
- Tokoh-tokoh tertentu diundang ke sekolah untuk menyemarakkan lagi kempen Bulan Bahasa – menyuntik semangat pelajar meningkatkan pembacaan.
- Program Nilam yang telah sedia ada dijalankan sepenuhnya - Anugerah Tokoh Nilam peringkat sekolah diwujudkan- pelbagai hadiah disediakan – menarik minat pelajar untuk membaca
Penutup
- Kepentingan membaca sesuatu yang tidak dapat dinafikan Cuma perlu ada usaha-usaha untuk memastikan pelajar-pelajar rajin membaca.
MODUL JEJAK JENDELA 2 – KARANGAN PENDAPAT DAN PERBINCANGAN
1. Sempena kempen Tahun Melawat Malaysia, anda telah berpeluang untuk melancong dalam negara.
Nyatakan tempat pilihan anda dan jelaskan keistimewaan tempat tersebut.
Pendahuluan:
- Cuti semester yang lalu, berpeluang melancong ke Pulau Langkawi
- Pergi bersama-sama keluarga.
Isi (keistimewaan)
- Kawasan bebas cukai –membeli barangan dengan harga murah – pinggan mangkuk, coklat, kain batik dan sebagainya.
- Keindahan pantai yang bersih dan indah – Pantai Cenang
- Terkenal dengan cerita lagenda – Lagenda Mahsuri – makam Mahsuri
- Banyak tempat menarik yang lain – Air terjun Telaga Tujuh, kereta kabel, Galeri Perdana, ‘Underwater World Langkawi’ dan lain -lain
Penutup
- Malaysia kaya dengan tempat-tempat menarik
- Berharap dapat melancong ke destinasi pelancongan yang lain dalam negara.
2. Remaja sekarang mudah terpengaruh oleh budaya negatif.
Pada pendapat anda, jelaskan faktor-faktor perkara ini berlaku.
Pendahuluan:
Remaja mudah terpengaruh oleh gejala negatif dari Barat – menjadikan artis Barat sebagai idola dan meniru setiap perbuatan idola mereka tanpa memikirkan baik dan buruknya.
Isi :
- Remaja mudah terpengaruh oleh budaya Barat - gagal membezakan perkara yang baik dan buruk – kurang pegangan agama.
- Sikap remaja yang mudah terpengaruh dengan apa-apa sahaja yang dianggap sesuatu yang baru dan dapat menonjolkan diri dalam khalayak mereka – timbul rasa bangga
- Ramai remaja beranggapan bahawa sesuatu yang datang dari Negara Barat itu adalah baik – ikut budaya Barat dikatakan moden dan mengikut peredaran zaman.
- Kurang didikan agama dan perhatian daripada ibu bapa – mencari rakan sebaya – salah pilih rakan – terjebak dengan budaya negatif
Penutup:
Remaja perlu dididik dengan ilmu agama yang kukuh agar dapat mempertahankan diri daripada dugaan dan cabaran – remaja merupakan pewaris pemimpin pada masa hadapan – perlu mempunyai jiwa dan sahsiah yang terpuji.
3. Industri pelancongan merupakan sektor yang kian berkembang pesat di negara kita dan menyumbang kepada perkembangan ekonomi negara.
Bincangkan kepentingan industri pelancongan kepada negara.
Pendahuluan:
- Negara Malaysia kaya dengan tempat-tempat yang menarik untuk dilawati.
- Kempen Cuti-cuti Malaysia – untuk menarik pelancong dari dalam dan luar negara
- Pelbagai acara, perayaan, temasya, pesta sukan dan kebudayaan diadakan sepanjang tahun untuk menarik minat pelancong ke negara kita
- Promosi diadakan secara besar-besaran di dalam dan di luar negara
Isi:
- Meningkatkan ekonomi negara – pertukaran mata wang asing –pelancong luar akan menginap dan berbelanja sewaktu melancong
- Kemudahan pengangkutan dan perkhidmatan berkembang pesat – membantu memperkenalkan negara secara tidak langsung.
- Industri kraf tangan dan seni ukiran berkembang pesat – banyak peluang perniagaan diwujudkan, contohnya IKS memberi sumber pendapatan lain untuk wanita dan penduduk kampung – taraf hidup masyarakat meningkat dan kadar pengangguran menurun.
- Meningkatkan nama Malaysia – kerana banyak tempat bersejarah, contohnya Melaka, - pantai yang indah dan bersih – Langkawi, - syurga membeli-belah – Johor Bahru menjadi tumpuan warga Singapura - Malaysia kian dikenali di peringkat antarabangsa.
Penutup:
- Kerjasama semua pihak perlu – menyambut kedatangan pelancong dengan senyuman dan bersikap ramah – menunjukkan adat ketimuran kepada pelancong – pelancong pulang membawa imej positif tentang Malaysia
4. Pengambilan makanan berkhasiat penting untuk menjamin kesihatan.
Bincangkan faedah pengambilan makanan berkhasiat
Pendahuluan:
- Kesihatan merupakan elemen penting dalam kehidupan manusia.
- makanan berkhasiat mengandungi semua protein, zat dan vitamin yang diperlukan badan
- Kita perlu mengambil makanan yang berkhasiat setiap hari untuk menjaga kesihatan kita.
Isi:
- Pemakanan berkhasiat diperlukan untuk proses tumbesaran– pemakanan yang kurang berkhasiat akan mengganggu pertumbuhan mental dan fizikal – pelajar hilang tumpuan ketika belajar.
- Menjamin kecerdasan minda – makanan berkhasiat mengekalkan kecerdasan minda – dapat berfikir secara rasional – tidak bertindak mengikut emosi - pelajar dapat mengingat pelajaran dengan baik – dapat menghilangkan rasa mengantuk dan keletihan.
- Makanan segera mengandungi lemak, kadar gula , kolesterol yang tinggi – memberi kesan sampingan yang boleh memudaratkan kesihatan- menyebabkan penyakit berbahaya seperti kencing manis, sakit jantung, darah tinggi dan obesiti
Penutup:
Mencegah lebih baik daripada mengubati – jika kesihatan terjejas, usaha untuk memulihkannya agak sukar – kekayaan, kemewahan dan pangkat tidak bermakna jika kesihatan terganggu – amalan pemakanan yang berkhasiat penting untuk menjamin kesihatan yang baik.
5. Masalah pencemaran alam sekitar sering diperkatakan dalam media massa.
Huraikan cara-cara untuk menangani masalah tersebut.
Pendahuluan:
- Pencemaran alam – isu yang sentiasa menjadi perhatian masyarakat
- Pencemaran yang sering diperkatakan ialah pencemaran udara, alam, bunyi dan air
Isi
- Penguatkuasaan undang-undang – hukuman berat dikenakan terhadap pihak yang mencemari alam
- Peranan masyarakat - menjadi mata dan telinga pihak berkuasa- melaporkan sebarang aktiviti mencemarkan alam kepada pihak berkuasa
- Kesedaran individu- mengetahui kepentingan menjaga alam sekitar – tidak melakukan aktiviti yang dapat mencemarkan alam sekitar seperti membuang sampah sarap di merata-rata tempat, - berkongsi kereta – kurangkan pencemaran asap
- Peranan media massa- menguar-uarkan kempen Cintai Alam Sekitar, Cintai Sungai Kita – pupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat
Penutup:
- Pencemaran berpunca daripada manusia – manusialah yang yang harus menanganinya
- Semua pihak perlu barganding bahu menangani pencemaran agar keseimbangan ekosistem tidak terjejas.
6. Semangat patriotisme semakin luntur dalam kalangan remaja.
Huraikan usaha-usaha untuk memupuk semangat tersebut dalam jiwa remaja.
Pendahuluan :
- Semangat patriotisme- semangat cinta akan negara penting – pupuk jati diri - mempertahankan kedaulatan negara
Isi :
- Peranan ibu bapa – menerapkan semangat patriotism dalam diri anak-anak sejak kecil – melentur buluh biarlah dari rebungnya
- Peranan pihak sekolah – mengadakan Bulan Patriotisme dan aktiviti yang bersesuaian yang dapat menerapkan semangat cinta akan Negara – mengadakan lawatan ke tempat-tempat bersejarah
- Peranan kerajaan – mengadakan Kempen Kibar Jalur Gemilang - menjadikan subjek Kajian Tempatan / Sejarah sebagai mata pelajaran wajib sejak sekolah rendah dan menengah -
Penutup :
- Usaha yang berterusan perlu dipupuk oleh semua pihak agar semangat ini tidak luntur dalam kalangan remaja.
7. Slogan “Malaysia Boleh “ sering diuar-uarkan melalui media massa tentang kejayaan Malaysia dalam pelbagai bidang.
Tulis pandangan anda tentang kejayaan-kejayaan yang telah mengangkat martabat negara Malaysia di mata dunia.
Pendahuluan:
- Slogan “Malaysia Boleh” mempunyai signifikan yang tersendiri – mengujakan rakyat - bersaing dengan negara-negara lain yang telah membangun.
- Banyak kejayaan yang telah dicapai oleh negara Malaysia.
Isi :
- Pembinaan Jambatan Pulau Pinang – menarik pelabur asing dan pelancong dari dalam dan luar negara.
- Pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur – menjadi tumpuan pesawat yang besar dari luar negara untuk mendarat – meningkatkan ekonomi negara.
- Pembinaan Litar Sepang – Litar Lumba Kereta F1 setiap tahun – menarik kedatangan pelancong dari dalam dan luar negara.
- Kereta nasional – Proton dan Perodua – bukti kejayaan jurutera tempatan dalam bidang automobil – dieksport ke luar negara – menjana pendapatan negara.
- Kejayaan dalam bidang sukan – Perlumbaan basikal Le Tour de Langkawi, Sukan SEA – memperkukuh ekonomi negara.
- Kejayaan individu luar biasa yang membanggakan negara dan rakyat Malaysia – mendaki puncak Everest ( Mohandas dan Magendran ), Pelayaran solo mengelilingi dunia ( Dato’ Azhar Mansor), Menakluki Selat Inggeris (Datuk Malik Maidin), Wanita Asia pertama merentasi Antartik secara solo ( Datin Paduka Sharifah Mazlina) – memahat nama Malaysia di persada dunia.
Penutup :
- Rakyat Malaysia perlu berganding bahu dan memastikan maruah negara sentiasa dijaga.
- Kedaulatan negara dijaga – Negara tidak dijajah
- Bersatu teguh, bercerai roboh.
8 Warga tua telah banyak berjasa kepada masyarakat, namun kebajikan mereka sering diabaikan.
Huraikan langkah-langkah yang perlu dijalankan untuk membalas jasa mereka.
Isi cadangan
- Memberikan kasih sayang dan simpati
- Membantu menyelesaikan masalah mereka
- Memberikan bantuan wang yang secukupnya
- Kerap menghubungi atau mengunjungi mereka
- Menjaga kesihatan dan pemakanan mereka
- Menubuhkan rumah kebajikan yang selesa – sekiranya mereka tiada ahli keluarga
- Memberikan perkhidmatan percuma – perubatan dan pengangkutan .
9 Remaja pada masa sekarang mudah terpengaruh oleh budaya negatif.
Berikan sebab-sebab perkara ini berlaku?
Isi cadangan
- Kurang pegangan agama-tidak dapat membezakan perkara yang baik dan buruk
- Mudah terpengaruh dengan apa-apa sahaja yang dianggap sesuatu yang baru dan dapat menonjolkan diri
- Beranggapan bahawa sesuatu yang datang dari negara Barat itu adalah baik, moden dan mengikut peredaran zaman
- Kurang perhatian ibu bapa dan keluarga – mereka sibuk bekerja
- Terpengaruh oleh rakan sebaya dalam mencari identiti diri
- Bebas daripada pengawasan/pemantauan ibu bapa kerana tinggal berjauhan
10 Ibu bapa memainkan peranan penting dalam menentukan kecemerlangan anak mereka dalam pelajaran.
Jelaskan cara-cara ibu bapa menentukan kecemerlangan tersebut.
Isi cadangan :
- Memberikan didikan dunia dan akhirat
- Memantau kerja-kerja sekolah anak
- Memberikan sokongan moral – nasihat
- Membantu anak dalam pembelajaran – tuisyen, buku ulang kaji dsb
- Menjaga kesihatan anak – pemakanan seimbang, beriadah
- Mewujudkan keharmonian keluarga – rumah tangga
- Mewujudkan hubungan baik dengan guru-guru yang mengajar anak
11 Industri pelancongan merupakan suatu sektor yang kian berkembang di negara kita.
Bincangkan kepentingan industri tersebut kepada negara.
Isi cadangan:
- Meningkatkan ekonomi negara- mata wang negara asing yang dibawa masuk oleh pelancong luar ke dalam negara
- Memberi peluang pekerjaan dan perniagaan kepada rakyat dalam sektor pelancongan
- Memperkembang industri desa yang diusahakan oleh orang-orang tempatan
- Mewujudkan rasa sayang akan negara :tempat-tempat pelancongan yang berunsurkan sejarah.
- Kemudahan pengangkutan dan perkhidmatan berkembang dengan pesat –secara tidak
langsung memperkenalkan Malaysia ke seluruh dunia.
12 Negara kita banyak mempunyai tempat bersejarah.
Huraikan sebab-sebab tempat bersejarah perlu dipelihara dan dipulihara.
Isi cadangan:
- Generasi muda tidak lupa akan peristiwa sejarah tanah air
- Memupuk semangat cinta akan tanah air dalam kalangan rakyat
- memberikan pulangan ekonomi kepada negara sebagai destinasi pelancongan
- menjadi bahan kajian tentang seni bina masa lampau
1 Comments:
Teton | Titanium Flat Iris | TITaniumArts.com
Teton · Teton · gold titanium alloy Teton · Teton · Teton used ford edge titanium · Teton · Teton · Teton · titanium flat iron Teton · Teton · Teton · titanium color Teton · Teton · Teton Rating: 4.3 · titanium flat irons 5,488 votes
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home