Tuesday, June 28, 2011

Karangan Bergambar

SARANAN KEPADA CALON

1. Analisis soalan terlebih dahulu sebelum menulis
2. Elakkan menulis lain daripada apa-apa yang ditugaskan
3. Jangan menggunakan bahasa berbelit-belit dan sukar difahami
4. Hendaklah menulis dalam lingkungan jumlah perkataan yang ditetapkan
5. Jangan terlalu ghairah menggunakan perkataan-perkataan bombastik sehingga menjejaskan aspek semantik dalam ayat.
6. Jadikan Kamus Dewan sebagai rujukan rasmi tatabahasa
7. Calon tidak sewajarnya mengulangi isi-isi yang telah dikemukakan.
8. Pastikan setiap isi diberi ada huraian dan contoh

KARANGAN BERGAMBAR: LATIHAN 1

Gambar di bawah menunujukkan usaha-usaha sebahagian daripada cara menjaga keindahan taman rekreasi. Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha menjaga keindahan taman rekreasi. Panjangnya huraian anda hendaklah tidak lebih daripada 120 patah perkataan.

Objektif: 1. Menulis 10 patah perkataan dalam peranggan pendahuluan
2. Menulis 30 patah perkataan setiap perenggan isi
3. Menulis 20 patah perkataan dalam perenggan kesimpulan








CONTOH JAWAPAN MUDAH

Menjaga alam sekitar tanggungjawab semua. Kita perlu berganding bahu untuk menjaga taman rekreasi. (13 patah perkataan)

Usaha pertama ialah membuang sampah ke dalam tong sampah. Banyak tong sampah perlu disediakan di taman rekreasi. Sekiranya kita membuang sampah ke dalam tong sampah, taman rekreasi akan bersih dan ramai orang akan datang ke situ. (32 patah perkataan)

Usaha kedua ialah mengadakan gotong-royong. Masyarakat perlu mengadakan gotong-royong. Mereka boleh mengadakan gotong-royong pada pada hari cuti umum. Jika kita tidak mengadakan gotong-royong, taman rekreasi akan kotor. (27 patah perkataan)

Usaha ketiga ialah menanam pokok di taman rekreasi supaya kelihatan cantik. Antara pokok yang boleh ditanam ialah pokok kelapa, pokok rambutan, dan pokok bunga. Sekiranya pihak majlis dan penduduk tidak menanam pokok, taman rekreasi tidak ceria. (35 patah perkataan)

Kesimpulannya, semua pihak hendaklah berusaha menjaga keindahan taman rekreasi supaya negara akan sentiasa bersih bak kata pepatah berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. (23 patah perkataan)
129 patah perkataan.

KARANGAN BERGAMBAR: LATIHAN 2

Lihat ilustrasi kartun di bawah ini dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang langkah-langkah mengatasi buaya lepak dan ponteng sekolah dalam kalangan pelajar. Panjang huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Objektif: 1. Menulis 10 patah perkataan/2 ayat dalam peranggan pendahuluan
2. Menulis 20 patah perkataan/3 ayat setiap perenggan isi
3. Menulis 10 patah perkataan/1 ayat dalam perenggan kesimpulan

BUDAYA LEPAK DALAM KALANGAN MURID









LATIHAN KARANGAN BERGAMBAR: LATIHAN 3
Berdasarkan gambar di bawah terangkan cara-cara mewujudkan sekolah harmoni.
Objektif: 1. Menulis 15 patah perkataan dalam peranggan pendahuluan
2. Menulis 25 patah perkataan setiap perenggan isi
3. Menulis 10 patah perkataan dalam perenggan kesimpulan






0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home