Tuesday, June 28, 2011

Jejak Jendela : Novel

Soalan 1

Perwatakan watak utama dalam novel yang anda kaji dalam Tingkatan 1 dan Tingkatan 3 terdapat banyak perbezaan.
Huraikan secara ringkas dua perbezaan tersebut.

Watak utama dalam novel Tingkatan 1 iaitu Anak Din Biola yang saya kaji ialah Budiman. Watak utama novel Tingkatan 3 iaitu Kanang: Cerita Seorang Pahlawan ialah Kanang. Terdapat perbezaan antara watak utama dalam kedua-dua buah novel ini.

Dari segi usia, Budiman ialah remaja yang berusia kira-kira 14 tahun manakala Kanang ialah pesara yang mengimbas kembali kisahnya sejak kecil.

Dari segi tempat asal, Budiman dilahirkan di sebuah kampung di kota raya manakala Kanang dilahirkan di Nanga Meluan, di pedalaman Sarawak.

Soalan 2

Terdapat persamaan dan perbezaan antara perwatakan watak utama dalam anda kaji dalam Tingkatan 2 dan Tingkatan 3. Huraikan perbezaan dan persamaan tersebut.

Watak utama dalam novel Tingkatan 2 iaitu Tragedi Empat Disember ialah Kamarul AZam. Watak utama dalam novel Tingkatan 3 iaitu Kanang: Cerita Seorang Pahlawan ialah Kanang. Kedua-dua watak utama dalam novel ini mempunyai persamaan dan perbezaan

Dari segi persamaan, kedua-dua watak ini amat tegas. Kamarul Azam bertegas mahu melaporkan diri di Balai Polis Tanjung Pangku walaupun hari telah malam. Dia tegas mahu mematuhi jadual tugasan ujian. Kanang juga tegas dengan pendiriannya iaitu mematuhi peraturan kerja. Oleh itu, ketika disuruh oleh Pegawai Waran agar membayar gaji anggotanya, beliau menolak kerana itu ialah tugas pegawai gaji.

Dari segi perbezaan, kedua-dua watak ini berbeza dari segi latar belakang keluarga. Kamarul Azam mempunyai keluarga yang bahagia manakala keluarga Kanang pula berpecah-belah sejak kecil.

Soalan 3



Berikan dua contoh yang sesuai dari setiap novel yang tersebut di atas bagi menyokong pernyataan itu.

Novel yang saya kaji dalam Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 ialah Anak Din Biola dan Tragedi Empat Disember. Kedua-dua watak utama dalam novel ini iaitu Budiman dan Kamarul Azam mempunyai daya usaha yang tinggi.

Budiman melakukan pelbagai usaha untuk memenangi pertandingan Bintang Biola Remaja Kota Raya termasuk bekerja sambilan pada waktu malam. Sementara itu, Kamarul. Azam pula berusaha untuk mematuhi jadual ujian Kelas 1 supaya dia dan rakan-rakannya lulus ujian tersebut.

Selain itu, Budiman juga berusaha untuk memecahkan misteri bunyi biola dari sebuah rumah banglo di lereng bukit. Dia telah keluar dari Rumah Bonda dengan memanjatpohot1i tembusu untuk menyiasat. Kamarul Azam pula, sanggup meredah lautan bersama-sama kawannya Razi dan Antik dengan menaiki bot lapan kuasa kuda untuk kembali ke Malaysia.

Soalan 4

Setiap watak utama dalam sesebuah novel akan dibantu oleh watak sampingan. Pilih satu watak sampingan daripada setiap novel yang anda kaji dalam Tingkatan 1 dan Tingkatan 3 dan bandingkan perwatakan mereka.

Novel yang saya kaji dalam Tingkatan 1 dan Tingkatan 3 ialah Anak Din Biola dan Kanang : Cerita Seorang Pahlawan. Watak sampingan yang saya pilih daripada kedua-dua buah novel ini ialah Pak Man Tukang Jahit dan Mr. Ford.

Kedua-dua watak sampingan ini mempunyai sifat baik hati. Pak Man Tukang Jahit menjahitkan Budiman baju Melayu yang cantik untuk dipakai semasa Budiman menerima pingat daripada Sultan. Mr. Ford pula sering memberikan wang kepada Kanang kerana Kanang tidak mempunyai pekerjaan yang tetap.

Walau bagaimanapun, kedua-dua watak ini berbeza dari segi pekerjaan. Pak Man Tukang Jahit bekerja makan gaji di Rumah Bonda sebagai Tukang Jahit manakala Mr. Ford bekerja sendiri iaitu menguruskan kontrak membekalkan arang batu ke negara asalnya.

Soalan 5

Jelaskan satu persamaan dan satu perbezaan latar masyarakat yang terdapat dalam novel Tingkatan 1 dan Tingkatan 3 yang anda kaji.

Terdapat persamaan dan perbezaan dari segi latar masyarakat dalam novel Tingkatan 1, iaitu Anak Din Biola dan novel Tingkatan 3 iaitu Kanang: Cerita Seorang Pahlawan saya kaji.

Dalam kedua-dua buah novel terdapat anggota keselamatan yang menjaga keamanan negara. Dalam Anak Din Biola, pihak polis telah menangkap Pak Mat Tukang Masak yang mengedar dadah. Dalam Kanang: Cerita Seorang Pahlawan pula, terdapat anggota tentera yang menjalankan tugas menghapuskan pengganas demi keamanan negara.

Dari segi perbezaan, terdapat perbezaan dari segi latar keluarga watak utama dalam kedua-dua buah novel. Dalam Anak Din Biola, anak-anak yatim terpaksa tinggal di Rumah Bonda setelah ibu dan bapa meninggal dunia. Tetapi, dalam novel Kanang: Cerita Seorang Pahlawan, Kanang telah ditinggalkan oleh ibu bapanya yang bercerai lantas dipelihara oleh datuknya.

Soalan 6

Bandingkan latar masyarakat yang terdapat dalam novel yang anda kaji dalam Tingkatan 2 dan Tingkatan 3.

Novel yang saya kaji dalam Tingkatan 2 dan Tingkatan 3 ialah Tragedi Empat Disember Kanang : Cerita Seorang Pahlawan.

Dari segi latar masyarakat, dalam kedua-dua buah novel terdapat masyarakat yang bertanggungjawab. Dalam novel Tragedi Empat Disember, salah seorang penumpang kapal terbang yang terhempas, telah mencampakkan nota tentang peristiwa rampasan yang berlaku. Nota itu dimasukkan ke dalam sebuah bekas sebelum kapal terbang terhempas. Penumpang tersebut mungkin ayah Kamarul Azam yang merupakan pemberita yang ingin menyampaikan berita sebenar kepada orang ramai. Dalam novel Kanang: Cerita Seorang Pahlawan pula, Datuk Kanang telah mengambil tanggungjawab menjaga cucunya walaupun Kanang amat nakal.

Selain itu, kedua-dua buah novel ini melibatkan golongan pelajar. Walau bagaimanapun, golongan pelajar dalam novel Tragedi Empat Disember iaitu Kamarul Azam dan rakan-rakan amat aktif dan seronok belajar manakala Kanang tidak seronok belajar hanya bersekolah setakat darjah tiga.

LATIHAN TAMBAHAN

SET 1
BAHAGIAN D
[10 markah]

Jawapan mestilah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji sama ada di Tingkatan 1 atau 2

(i) Limpahan Darah di Sungai Sumur karya Zakaria Salleh
(ii) Meniti kaca karya Raja Sabarudin Abdullah
(iii) Anak Din Biola karya Maaruf Mahmud
(iv) Aku Anak Timur karya Siti Aminah Hj. Yusuf
(v) Timulak Kapal Perang karya Azmah Nordin
(vi) Pahlawan Pasir Salak karya Mohd Ismail Sarbini
(vii) Tragedi Empat Disember karya Dzul Karnain Ithnin
(viii) Kapten Hassan Wira Bangsa karya Harun Johari



Peleraian merupakan sebahagian daripada unsur yang terdapat dalam plot sesebuah novel.

Pada pendapat anda, nyatakan peristiwa yang menandakan peleraian yang terdapat dalam novel tersebut.

SET 2
BAHAGIAN D
[10 markah]

Jawapan mestilah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji sama ada di Tingkatan 2 atau Tingkatan 3.

(i ) Timulak Kapal Perang -karya Azmah Nordin
(ii) Pahlawan Pasir Salak karya Mohd Ismail Sarbini
(iii) Tragedi Empat Disember karya Dzul Karnain Ithnin
(iv) Kapten Hassan Wira Bangsa karya Harun Johari
(v) Ekspedisi karya Mohd Ghazali Tocheh
(vi) Panas Salju karya Talib Samad
(vii) Kanang Cerita Seorang Pahlawan karya Maznan Nordin
(viii) Merdeka! Merdeka! karya A. Rahman



Cerita yang menarik dapat memberi pengajaran kepada pembaca. Berdasarkan tiga pengajaran yang diberi jelaskan contoh peristiwa yang berkaitan dengan pengajaran tersebut.

SET 3
BAHAGIAN D
[10 markah ]

Jawapan mestilah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji sama ada di Tingkatan 2 atau Tingkatan 3

(i ) Timulak Kapal Perang -karya Azmah Nordin
(ii) Pahlawan Pasir Salak karya Mohd Ismail Sarbini
(iii) Tragedi Empat Disember karya Dzul Karnain Ithnin
(iv) Kapten Hassan Wira Bangsa karya Harun Johari
(v) Ekspedisi karya Mohd Ghazali Tocheh
(vi) Panas Salju karya Talib Samad
(vii) Kanang Cerita Seorang Pahlawan karya Maznan Nordin
(viii) Merdeka! Merdeka! karya A. Rahman



Berdasarkan novel yang telah anda kaji, jelaskan satu peristiwa bagi setiap nilai yang dinyatakan di atas.

SET 4

BAHAGIAN D
[ 10 markah ]

Jawapan mestilah berdasarkan novel yang telah anda kaji di Tingkatan 3.

(i) Ekspedisi karya Mohd Ghazali Tocheh
(ii) Panas Salju karya Talib Samad
(iii) Kanang Cerita Seorang Pahlawan karya Maznan Nordin
(iv) Merdeka! Merdeka! karya A. Rahman

Berdasarkan novel yang telah anda kaji, jelaskan tiga perwatakan bagi watak utama dalam novel yang anda kaji.

SOALAN DAN JAWAPAN
SET 1
CADANGAN JAWAPAN :

PELERAIAN

ANAK DIN BIOLA

- peringkat peleraian cerita dapat diketahui ketika kerja-kerja negatif yang dilakukan oleh Pak Mat Tukang Masak mula diketahui umum setelah Budiman melaporkan kegiatan tidak bermoral itu kepada pihak polis.

- Pak Mat Tukang Masak telah ditangkap polis dan dipenjarakan.

- Sementara itu, Budiman juga telah berjaya menjadi juara dalam Pertandingan Bintang Biola Remaja Kota Raya.

- Budiman telah mendapat biasiswa untuk melanjutkan pelajarannya dalam bidang muzik.

TRAGEDI 4 DISEMBER

- Peringkat peleraian bermula apabila Kamarul Azam dan Razi telah diselamatkan oleh Pak Widodo dan anaknya Antik.

-Kamarul Azam dan Razi berjaya menggunakan motobot merentasi perairan Indonesia-Malaysia pulang ke Johor.

-Semasa berada di Johor, Kamarul menghadiri upacara pengebumian secara beramai-ramai mangsa nahas kapal terbang HM 356

SET 2
CADANGAN JAWAPAN :




SET 3
CADANGAN JAWAPAN :




SET 4

CADANGAN JAWAPAN :

1. Berani – Kanang tidak gentar ketika berhadapan dengan musuh.
Semasa konfrontasi Malaysia – Indonesia, beliau telah menyelamatkan Pegawai Memerintahnya daripada musuh dalam pertempuran di Lubuk Antu, Sarawak.
- ‘Agi idup agi ngelaban’ – digunakan dalam setiap pertempuran.

2. Banyak kemahiran – kemahiran menjejak, memburu musuh

3. Cekap berfikir – Beliau terselamat daripada ditawan oleh tentera Siliwangi, Indonesia kerana telah menyamar .

4. Berdisiplin - Kanang sering mendapat kelepasan dalam kawat kerana menunjukkan
disiplin yang tinggi.
- Pakaian sentiasa kemas dan rapi,berkanji dan diseterika, kasut sentiasa berkilat, rambut tidak sampai seinci panjangnya.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home